Salam Ryu.. terima kasih melawat blog saya di serikati-kraf blogspot.
Persoalan kawan ini katanya benang putus.. kenapa? tentang benang putus ketika menjahit...
Benang mesin putus semasa menjahit selalunya si sebabkan perkara
berikut:
1. Kerana tarikan ( benang tegang) kuat . Atau benang tegang di
bahagian atas atau bawah atau kedua duanya sekali. Cuba cek ada tak anda kunci
pelaras atas terlalu kuat yang tak sesuai dengan ketebalan benang. Ada tak anda letak benang skoci pakai tangan? Ini akan menyebabkan gegelung skoci akan
bertindan dan menghasilkan tarikkan tegang bahagian bawah dan putus.
2.
ketebalan benang atas dan bawah tak sama.. dari
brand benag yang berbeza. Cuba guna benang yang sama jenis untuk skoci dan
gegelung atas.Pastikan juga benang berkualiti, sebab ada benang murah di pasaran memang cepat putus dan kualiti tidak bagus.
3.
Sila cuci mesin jahit anda mungkin terlalu
banyak habuk yang menyebakan benang tegang. Letak minyak mesin dan pastikan mesin bergerak lancar. Karat atau habuk tebal juga boleh mengangu ketegangan benang.
4.
Cek balik cara anda pasang jarum mesin dan benang skoci. Mungkin tersalah pasang, cara yang salah juga akan menyebabkan benang putus.. Ini termasuklah cara jarum di lekatkan..bahagian alurnya kena mengikut jenis mesin. Salah pasang
jarum juga buat benang selalu putus. Rujuk nota masa beli mesin kalau anda tidak pasti.
Jawapan di atas berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin ada jawapan dari orang yang lebih arif.
Saya ada terbaca di dalam blog ini yang mungkin penerangannya lebih jelas, sila lawat blog ini
Jawapan di atas berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin ada jawapan dari orang yang lebih arif.
Saya ada terbaca di dalam blog ini yang mungkin penerangannya lebih jelas,
Harap ,membantu.. Terima kasih sila datang lagi..
Asslmkm maaf saya nak tanye kenapa bila menjahit jarum kerap patah...
ReplyDeletemaaf kalau salah jawap... tapi dr pengalaman ada beberapa sebab ( mungkin lebih ) tapi selalunya sebab:
ReplyDelete1. sebab salah pasang jarum
2. sebab pasang skoci salah..atau longgar.. jadi jarum kena kat besi dan patah
3. sebab kain tebal sangat tak sesuai dgn jarum
4. sebab benang di pasang tegang.
cuba cek yang mana satu..
mesin jahit tepi saya singer model 14N655.
ReplyDeleteada masalah, masa jahit mula2 tu ada jahitan lepas tu tiba2 putus sekejap, pastu sambung balik dan berulang2 mcm tu...bagaimana nak buat bg ok ek?
Saya rasa ada masalah pada benag.. tapi saya tak begitu pasti. insyallah ada kelapagan saya buat entyr tentangnya
ReplyDeleteBagai mana pula dgn benang senorita yg slalu putus semasa menjahit sulam dgn mengguna kn mesin menual?
ReplyDeleteBenang Senorita x bagus..beli jenama dolphin atau golden fish.
DeleteKalau benang putus disebabkan tarikan benang yg kuat (benang tegang), bagaimana cara nak longgarkan?
ReplyDeletepelaras pada benang perli dilonggarkan. pelaras benang.
Deletemesin juki..jahit kejap pastu putus benang atas...kedudukan jarum berhenti dlm lubang..selalu atas lubang..adakah masalah timing?
ReplyDeleteJahit biasa xputus ,tp bila jahit bahagian pinggang putus..mcm mana nk buat???
ReplyDeleteNak tanya,apa masalah kalau aedang menjahit tu bening serong putus.. Asal jaln,putus.. Adakah masalah jarum atau ketegangan?..please
ReplyDelete1.salah pasang benang
Delete2. benang tegang atas atau bawah
3. ada salah pasang soci atau skoci tak di lekat dgn betul
assalamualaikum sis...nak tya laa msalah mesin jahit saya..
ReplyDelete1.masa jahit benang jadi putus²
2.jahit benang jadi jangkau²
3.benang x berkait sedangkan benang bawah dh kat ats.
4.bila pasang skoci berbunyi adakah masalah skoci rosak.
5.bila nak jahit naik kan benang bawah jadi x boleh jarum terkena besi bawah or kena pada skoci dan jarum jadi tumpul
plez sis...dh 2hari x boleh jahit...hahaha...sbb x tau apa masalah.. tq��
Salam... Jahitan mesin tepi saya x menganyam.. Lepas tu bila buka tgk, benang bawah terkeluar dari lubang jarum. Tlg saya settlekan masalah ni boleh?
ReplyDeleteAssalamualaikum..nak tanya..
ReplyDeleteKlu tgh2 menjahit2..tiba2 jahitan tersekat...nape ye?
Aslm mesin idustri sya -singer model lama kot 20u43.jenuh benang asik putus wt bju sepasang jahit x cantik smpai fed up dh.nk tau pelaras dia yg makin longgar @ ketat jahit cantik n seimbang jahit atas bwh.timakasih
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya, kenapa setiap kali saya menjahit mesti benang akan tertanggal dari lubang jarum dan bergumpal ke arah tuas mesin? Hampir berpuluh kali mencuba tapi masih tidak tahu mana puncanya? Boleh terangkan.. Hampir berputus asa setiap kali benang terputus,tetapi masih mencuba lagi... sebab minat sangat dengan menjahit ni..
ReplyDeleteAssalammualaikum,saya nk tanyak mengapa apabila saya menyulam,mula2 ok tp pastu dia stuck,benang bawah bergumpul dh dan bahagian tempat simpan skoci beralih,bila saya buka dn atur kembali dn bila menyilam ,ok sekejap dn mula stuck kmbali,,apa masalahnya.tolong bantu sy dlm masalah ni
ReplyDelete