Alas/lap kaki dari lebihan perca kain. |
Hari ni nak kongsi dengan kenkawan nak buat lap kaki menggunakan lebihan kain perca.. beza sikit dr rag rug yang gunakan kain tak kelaur benang dr fabrik baju tshirt.
Untuk buat lap kaki ni kita boleh guna perca apa pun.lebihan kain baju kurung , atau apapun di ruangan perca mesin jahit tu..
Cuma kerjanya remeh skit, kena rajin untuk hasil yang kemas.. lagi kecil, maka lagi comel ..tapi lagi rumit la..
Tapi macam orang kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Pekata cuba..
peralatanya tak banyak..
1. perca kain
2. jarum benang
3. selembar kain yang agak tebal untuk di tampal perca nanti
4. hehe.. last sekali.. guna la jarum mesin yang kebal skit, saiz yang boleh ngam jahit fabrik tebal.
Let go pada cara nak buat..
Pertama.. gunting la fabrik anda segi empat tepat .. berapa besar ye? tipsnya .. ikut suka la.. tapi saya buat 4 x 4 inci.. lagi besar pun tak pe..
cuma kalau kecil lagi..nampak lagi cantik..tapi lagi banyak kena gunting.
okey first kita kena gunting semua fabrik segi empat tepat ikut saiz kita suka. Sebanyak mana yang anda suka. Lagi besar, lagi banyak diperlukan.
then.. buat step ini. penting tau.. salah lipat alas kaki akan terburai dan kusat..nampak serabut dan tak kemas.
ni kain empat segi tepat |
lipat dua macam ni |
lipat lagi. tengok jadi bucu comel. |
lipat tepi bucu tajam tu |
lip[at lagi satu bucu |
hasil jadi macam ni |
macam ni kemas tau.. jangan tak sema lak..lepas tu jahit selujur..sambung kan banyak banyak. jadi panjang gitu |
Saya gunakan kain lebihan denim. Pesanan sila guna jarum untuk denim ye..
jahit bermula dari bahagian paling tepi dan berakhir di tengah.
Susun sebaiknya untuk elakkan benang nampak keluar, dan jangan terlalu regang. Raptkan skit dan kemaskan.
nampak tak yang dah di jahit panjang tu . Jahit jelujur, boleh la terus susun ikut color yang anda nak corak macam mana ikut perca yang ada. lepastu lekatkan pada sehelai kain besar. |
alas kaki yang dah buat half way |
Selamat mencuba..
Toksah cari pola ye.. memang takde pola... selamat mencuba..
tq kongsi ilmu,dah lama saya nak tercari cari caranya
ReplyDeletesama sama.. selamt mencuba semoga berjaya...
ReplyDeleteWaa.. Harus try ni.
ReplyDeleteterima kasih saya nak cuba buat....
ReplyDeleteterima kasih saya nak cuba buat....
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu,
ReplyDeleteSebelum ni saya dh try buat,tp x menjadi....mungkin sebab x tau cara yang betul kot.
Skang dh tau....mesti kena cuba ni.
entry yang sangat menarik. tahniah....kerana share ilmu
ReplyDeleteMmg betul cantik,,seronok m,btnye...t.ksh.
ReplyDeletemohon share...tq atas ilmu
ReplyDelete