cookieChoices = { }

Friday, May 10, 2013

benang putus semasa menjahit

Tulisan saya hari ini khas  untuk membantu kawan kawan yang sudi meninggalkan nota dalam chat box saya..

Salam Ryu.. terima kasih melawat blog saya di serikati-kraf blogspot.
 
Persoalan kawan ini katanya benang putus.. kenapa?  tentang benang putus ketika menjahit...

Benang mesin putus semasa menjahit selalunya si sebabkan perkara berikut:

1.      Kerana tarikan ( benang tegang) kuat . Atau benang tegang di bahagian atas atau bawah atau kedua duanya sekali. Cuba cek ada tak anda kunci pelaras atas terlalu kuat yang tak sesuai dengan ketebalan benang.  Ada tak anda letak benang skoci pakai tangan?  Ini akan menyebabkan gegelung skoci akan bertindan dan menghasilkan tarikkan tegang bahagian bawah dan putus.  

2.       ketebalan benang atas dan bawah tak sama.. dari brand benag yang berbeza. Cuba guna benang yang sama jenis untuk skoci dan gegelung atas.Pastikan juga benang berkualiti, sebab ada benang murah di pasaran memang cepat putus dan kualiti tidak bagus.

3.       Sila cuci mesin jahit anda mungkin terlalu banyak habuk yang menyebakan benang tegang. Letak minyak mesin dan pastikan mesin bergerak lancar. Karat atau habuk tebal juga boleh mengangu ketegangan benang.

4.       Cek balik cara anda pasang jarum mesin dan benang skoci. Mungkin tersalah pasang, cara yang salah juga akan menyebabkan benang putus..  Ini termasuklah cara jarum di lekatkan..bahagian alurnya kena mengikut jenis mesin. Salah pasang jarum juga buat benang selalu putus. Rujuk nota masa beli mesin kalau anda tidak pasti.

Jawapan di atas berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin ada jawapan dari orang yang lebih arif.
Saya ada terbaca di dalam blog ini yang mungkin penerangannya lebih jelas, sila lawat blog ini
diterangkan dengan gambar sekali. 

Harap ,membantu.. Terima kasih sila datang lagi..

8 comments:

  1. Asslmkm maaf saya nak tanye kenapa bila menjahit jarum kerap patah...

    ReplyDelete
  2. maaf kalau salah jawap... tapi dr pengalaman ada beberapa sebab ( mungkin lebih ) tapi selalunya sebab:
    1. sebab salah pasang jarum
    2. sebab pasang skoci salah..atau longgar.. jadi jarum kena kat besi dan patah
    3. sebab kain tebal sangat tak sesuai dgn jarum
    4. sebab benang di pasang tegang.
    cuba cek yang mana satu..

    ReplyDelete
  3. mesin jahit tepi saya singer model 14N655.
    ada masalah, masa jahit mula2 tu ada jahitan lepas tu tiba2 putus sekejap, pastu sambung balik dan berulang2 mcm tu...bagaimana nak buat bg ok ek?

    ReplyDelete
  4. Saya rasa ada masalah pada benag.. tapi saya tak begitu pasti. insyallah ada kelapagan saya buat entyr tentangnya

    ReplyDelete
  5. Bagai mana pula dgn benang senorita yg slalu putus semasa menjahit sulam dgn mengguna kn mesin menual?

    ReplyDelete
  6. Kalau benang putus disebabkan tarikan benang yg kuat (benang tegang), bagaimana cara nak longgarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelaras pada benang perli dilonggarkan. pelaras benang.

      Delete
  7. mesin juki..jahit kejap pastu putus benang atas...kedudukan jarum berhenti dlm lubang..selalu atas lubang..adakah masalah timing?

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails