cookieChoices = { }

Friday, June 8, 2018

Baiki Mesin mini

Selama.ni kita tak.pernah tengok detail mesin mesin comel.dan cute.
Hari ni kawan kita minta juga tolong dia baiki mesin. Katanya benang skoci asik bergulung lepas tu benang skocii tak naik ke atas.
Kesian pulak ...
Baiklah.. walaupun nak raya ni pelbagai kesibukan .. tolong lah juga. Sebab kawan ni dah banyak tolong kita.
Alamak.. benag skoci bergumpal benang skoci tak naik atas.
Antara kesalahan yg saya dapati ialah:
1. Salah pasang arah benag skoci..kita kena pasang skoci ikut arah buka benag denga  betul. Kalau tak tu yg benang tak naik da  bergumpal.
2. Benag bahagian atas dia guna benang skoci yg tidak dililit dengan baik. Bila ini terjadi benag akan bertindan dan susah nak keluar dr gelung.. dia akan menyebabkan tekanan bertambah dan tegang. Butang pelarasan tidak dpt mbantu jika ini terjadi.
Pastikan semuanya smooth..  so saya guna kelensong benang yg lain supaya benag dpt berpuaing dengan baik.
3. Jarum patah dan rakan saya ni pasang jarum tu salah. Saya minta dia rujuk artikel saya twntang benang tak lekat.
Alhamdulllillah ok dah.
Mana mana mesin pun sama... asalkan kita faham mekanisma bagaimana sesebuah mesin jahit itu berfungsi. Jadi senanglah untuk kita baiki sendiri. Selamat membaca.
Kat bawah ni saya sertakan gambar gambar utk.rujukan.




Sunday, May 14, 2017

Beg Boboiboy DIY



Tahun ini anak teruna saya bersungguh aungguh nakkan beg boboiboy .. ni sebab auka sangat dengan watak hero tu. Tapi tak pelah. Sebab hero Malaysia. . Bukan senang ..selalu anak anak sibuk dengan hero International. . Solat bangga bila ada hero Melayu yang jadi idola mereka. Tahniah boboiboy
Pening mencarinya...
Mana lagi ada jual di kedai biasa biasa. Kalau online tu ada la.. tapi man la nak beli last minit macamni..
So mak kena creative skit.. caranya macamni..







Pujuk punya pujuk. . Saya belikan beg biasa dan  saya ubah jadi lah Boboiboy api...
Kalau ada yg rasa nak tahu apa saya buat.. jOm kita tengok apa yg saya dah kerjakan dengan beg itu.
Heheeeeheee





b








Nasib baik dia puashati... ok la... ni la jadinya.. ke sekolah dgn sennag hati..

Sunday, March 13, 2016

Upah jahit baju


Salam semua.. Entry pelik skit hari ni.
Setelah sekian lama blog nak di updatekan.. nak menulis pasal tempahan pula.
Bukan tak nak update tapi masa mengekang.. dah banyak menjahit.. ada dah siap tak sempat snap picture pun.. dan ada snap separuh jalan ..dan ada dah snap semua tapi tak upload.

But cerita sebenarnya hari ni ialah untuk menjawab soklan dari gamba di atas. Memandangkan permintaan kengkawan yang tak dengar cakap.. walaupun tak nak jahit nak juga hantar tempahan bajunya. dan juga saya yang bakal jadi suri rumah separuh masa..
Saya ingin meng 'war war' kan bahawa saya akan membuka kaunter untuk tempahan baju ...
Semua kawan opis dan kawan blog bolehla menghantar ye..

TAPI...
Don't over estimated. Harus di ingat bahawa saya bukan tukang jahit professional.. apa yg saya kongsi dlm blog ni hanya hobi je la.. dan pengetahuan skit sebanyak .. bukan belaja formal pun.

DAN
memang saya nak jahit senang je.. malas nak jahit yang susah susah susah... So saya hanya terima tempahan ini. dengan limited tempahan .. tak boleh banyak..

1. Hanya ambil tempahan Baju kurung pesak
2. kain cotton atau kain yang tak licin, biasa (tak ambik kain -silk,satin, kain memeri, lycra)
3, kain tak berbatu. ( sbb nanti mesin patah jarum..tak suka kerja buang batu)
4. baju yang tak perlu lining.( saya tak suka jahit lining )
5. kain tak berkaki ( kain yang takde corak lain di hujung kain. Kalau nak juga kain berkaki sila bagi kain lebih)
6. Kain yang cukup..( kalau badan besar sila bagi kain 4.5 meter.. mak juga anta kain berkaki tu biar lebih. kalau nak perca kain lebihan saya boleh pulangkan.)
7. Takde sulan dan manik yang tebal dan merosakkan mesin.
8. Ubahsuai baju cuma kalau saya yang salah. Saya akan ikut ukuran TEPAT baju contoh. kalau beza cuma 2 atau 3 Cm saja.
9. Kalau anda cerewet tak di galakan menempah.
10. leher baju standard jahit mesin,(takde tulang belut atau mata lalat or whatever yang tradisi tu)
11. Kalau kain di beli dengan ukuran 2 meter baju dan 2 meter kain, untuk saiz kecil hingga M (kalau badan besar tak di galakan sbb mungkin kain tak cukup.)

Ukuran (sila jelaskan ukuran terperinci, tak pun bagi baju contoh). Sila bagi dan sahkan ukuran dengan tepat. Saya ikut baju contoh sebijik..senang.

last sekali .. boleh Tanya  napa saya cerewet la sangat ?
Sebab jawapannya ramai tukang jahit kat luar sana yang sakit kepala dengan benda remeh macamni... (tak caya cuba Tanya.)
Sebab pelanggan cuma tau baju siap..tapi proses jadi remeh sebab benda kecil ni je.
Dan memandangkan saya cuma ambil tempahan yang saya cuba elakan sakit kepala. dan upah yang memang murah...

UPAH JAHIT?
Saya ambik upah RM39 sepasang .. kanak kanak RM19 sebab tu la saya malas nak sakit kepala dengan jenis kain dan ukuran.
Kanak kanak tu baju budak yang guna kain dalam 2 meter.. tapi kalau anak tu umur 7 tahun tapi dah guna kain dalam ukuran  3 atau 4 meter. Tu kira dewasa la ye..
Sila bagi baju conton dan kain yang senang jahit.. easy. You senang, I pun senang.

NAK TEMPAH?
Nak tempah baju sekolah .. baju raya.. baju nak pi kawin.. pe pela....
Anda duk mana pun boleh tempah. Pos je kat saya. Tapi duit pos  saya tak cover. Sila sertakan sampul pos berbayar dengan alamat anda sendiri untuk saya pos baju anda yang dah siap. senang je..
email saya atau whatup 012-2296657atau ..
norimbiz@gmail.com.




Thursday, March 10, 2016

bedung baby ala model.. matahari

Lama tak update.. hanya sempat mem'reply.'.komen anda.


so hari ni nak kongsi cara buat bedung bayi comel.. ini akibat terpengaruh dengan baby yang POSE comel comel.. dalam pelbagai konstium..(maaf kalau salah eja.. main hentam jee)
So saya pun teringin nak cuba buat..

 saya gunakan kain microfleece.. yg selalu saya gunakan untuk buat cloth diapers.
kain microfleece lembut dan buat bayi sentiasa warm.. selesa dan lembut pada kulit. Kain jenis ini juga sesuai di jadikan selimut.
 unutk bahagian atas saya gunakann pola untuk buat topi bayi biru seperti dalam entry yg lepas
 berbezanya saya cuna tambah flet yang berwarna kuning sebagai kelopak bunga untuk ditambah pada kepala.
 saya susuan begini dan jahit di bahagian atas topi
 kemaskan.. dan susun sama
 ini pola yang saya lipat dua ( separuh view.. )bahagian atas saya buat semi bulatan untuk di padankan dengan pola topi bayi saya. ini adjust pola jee.. supaya besar dan baby boleh duduk dalam bedung ni
 lepas tu boleh jahit topi bayi pada pola ini
 cantumkan.. sekiranya nak lagi comel kedut kedutkan lain microfleece di tepi bahagian muka topi
 dan jahit pola tutu agar tertutup. biarkab separuh bahagaian atas tak di jahiy dan boleh gunakan zip atau snap button atau pelakat zipzap untuk tutup bayi.
 nak lawa letak la hiasan kecik yang saya dah hasilkan dr entry yang lepas.. lady bird.. bee dan bunga matahari..
 dah,, cantikkan?
anda boleh oleh juga untuk jadi selimut yang comel..
selamat mencuba

Buat teddy bear cute

















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails