cookieChoices = { }

Sunday, March 13, 2016

Upah jahit baju


Salam semua.. Entry pelik skit hari ni.
Setelah sekian lama blog nak di updatekan.. nak menulis pasal tempahan pula.
Bukan tak nak update tapi masa mengekang.. dah banyak menjahit.. ada dah siap tak sempat snap picture pun.. dan ada snap separuh jalan ..dan ada dah snap semua tapi tak upload.

But cerita sebenarnya hari ni ialah untuk menjawab soklan dari gamba di atas. Memandangkan permintaan kengkawan yang tak dengar cakap.. walaupun tak nak jahit nak juga hantar tempahan bajunya. dan juga saya yang bakal jadi suri rumah separuh masa..
Saya ingin meng 'war war' kan bahawa saya akan membuka kaunter untuk tempahan baju ...
Semua kawan opis dan kawan blog bolehla menghantar ye..

TAPI...
Don't over estimated. Harus di ingat bahawa saya bukan tukang jahit professional.. apa yg saya kongsi dlm blog ni hanya hobi je la.. dan pengetahuan skit sebanyak .. bukan belaja formal pun.

DAN
memang saya nak jahit senang je.. malas nak jahit yang susah susah susah... So saya hanya terima tempahan ini. dengan limited tempahan .. tak boleh banyak..

1. Hanya ambil tempahan Baju kurung pesak
2. kain cotton atau kain yang tak licin, biasa (tak ambik kain -silk,satin, kain memeri, lycra)
3, kain tak berbatu. ( sbb nanti mesin patah jarum..tak suka kerja buang batu)
4. baju yang tak perlu lining.( saya tak suka jahit lining )
5. kain tak berkaki ( kain yang takde corak lain di hujung kain. Kalau nak juga kain berkaki sila bagi kain lebih)
6. Kain yang cukup..( kalau badan besar sila bagi kain 4.5 meter.. mak juga anta kain berkaki tu biar lebih. kalau nak perca kain lebihan saya boleh pulangkan.)
7. Takde sulan dan manik yang tebal dan merosakkan mesin.
8. Ubahsuai baju cuma kalau saya yang salah. Saya akan ikut ukuran TEPAT baju contoh. kalau beza cuma 2 atau 3 Cm saja.
9. Kalau anda cerewet tak di galakan menempah.
10. leher baju standard jahit mesin,(takde tulang belut atau mata lalat or whatever yang tradisi tu)
11. Kalau kain di beli dengan ukuran 2 meter baju dan 2 meter kain, untuk saiz kecil hingga M (kalau badan besar tak di galakan sbb mungkin kain tak cukup.)

Ukuran (sila jelaskan ukuran terperinci, tak pun bagi baju contoh). Sila bagi dan sahkan ukuran dengan tepat. Saya ikut baju contoh sebijik..senang.

last sekali .. boleh Tanya  napa saya cerewet la sangat ?
Sebab jawapannya ramai tukang jahit kat luar sana yang sakit kepala dengan benda remeh macamni... (tak caya cuba Tanya.)
Sebab pelanggan cuma tau baju siap..tapi proses jadi remeh sebab benda kecil ni je.
Dan memandangkan saya cuma ambil tempahan yang saya cuba elakan sakit kepala. dan upah yang memang murah...

UPAH JAHIT?
Saya ambik upah RM39 sepasang .. kanak kanak RM19 sebab tu la saya malas nak sakit kepala dengan jenis kain dan ukuran.
Kanak kanak tu baju budak yang guna kain dalam 2 meter.. tapi kalau anak tu umur 7 tahun tapi dah guna kain dalam ukuran  3 atau 4 meter. Tu kira dewasa la ye..
Sila bagi baju conton dan kain yang senang jahit.. easy. You senang, I pun senang.

NAK TEMPAH?
Nak tempah baju sekolah .. baju raya.. baju nak pi kawin.. pe pela....
Anda duk mana pun boleh tempah. Pos je kat saya. Tapi duit pos  saya tak cover. Sila sertakan sampul pos berbayar dengan alamat anda sendiri untuk saya pos baju anda yang dah siap. senang je..
email saya atau whatup 012-2296657atau ..
norimbiz@gmail.com.




8 comments:

  1. Assalam... sy nk tnye bknaan mesin jahit jnama acme.. lama xguna... bla jahit benang mudah putus n xlekat pada kain... cara pasang benang bhgian atas tu dh ikut step dia... blh tlg sy x?? Smga allah balas jasa baik sis...

    ReplyDelete
  2. Salam dik.... mesin jahit jenama apa pun kalau tak guna memang sendi sendi dia akan kerkarat berhabuk dan function mesin tu tergangu.
    kalu lama dan few month ok.. kalau a few years.. better dik letak minyak dan pastikan pergerakkan mesin ok. terutamanya tempat pelarasan benang. lepas letak minyak jahit atas perca kain dulu.. bagi minyak itu masuk di setiap celah sendi mesin.
    itu tentang mesin lama tak guna..
    kalau benang putus..
    1. Kerana kualiti benang..
    2. ketebalan fabric dan benang tak sesuai
    3 ni paling penting.. pelarasan benang ... sama ada skoci atau atas.. larasan kan.. untuk benang atas kita boleh cuba tarik..
    klau terlalau tegang dia akan putus.
    untuk benang bawah.. melibatkan cara skoci dan laras benang pada skoci.. cuba tarik tgk dan rasa ketanganan benag.
    bila semua ok .. all will be ok ..
    insyallah..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum . boleh tak tolong tunjukkan cara nak masukkan benang ke gelendung ? saya baru belajar nak guna mesin jahit sekarang tengah stop sebab benang bawah habis dan tak reti nak pasang benang

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik.. nak.pasang benag skoci.. ikut jenis mesin. dan ada tepat letak skoci selalunya akan comnect dgn roda pegimbang.
      kalau nak detail blh bagi mesin jahit jenis pe ye?

      Delete
    2. salam dik.. nak.pasang benag skoci.. ikut jenis mesin. dan ada tepat letak skoci selalunya akan comnect dgn roda pegimbang.
      kalau nak detail blh bagi mesin jahit jenis pe ye?

      Delete
  4. Assalam nak tanye..ada tak ambil tempahan baju baby macam romper, legging mcm tu?

    ReplyDelete
  5. How do you make money off gambling? | WorkNow
    to keep people 바카라 사이트 in septcasino control and take their money and win the day. you can buy into งานออนไลน์ gambling games and try to make a money off them.

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails