Sunday, November 7, 2010

SIMPLE SARUNG BANTAL

LAMA DAH TAK UPDATE.. kebetulan dapat bantal kekabu baru dari pokok kapas kampung.. jom kita buat sarung simple punya..

alatan biasa standard menjahit..
aku ni main hentam jee ..
yang penting gunting, kain benag dan jarumm .. hehee
no pengukur.. ada bantal yang nak dibuat sarung . kira ok dohhh

ni bantalnyeee..

mula mula gunting kain besar dalam 5 inci lebih dari saiz bantal... 2 helai yee..
untuk yang kedua lebihkan 10 inci ( panjang sahaja) dari saiz kain yang pertama tadi...
ok dah..

dan kain yang ke 2, lebih panjang tu potong pada 2 bahagian lak.. dalam 1/3 panjang kain. so, kain kita akan ada 3 pcs.
A. kain yang mula mula tadi ( 5 inci besar dari ukuran saiz asal bantal)
B. kain yang kecil 1/3 dari panjang kain yg kedua
C. kain lebih dari 1/3 yg di gunting tadi



tugas kita seterusnya jahit la.. .. ambik bahagian yang kecil sekali (B)tuu kelim tepinya dalam satu atau 1/2 inci dan juga pasangan nya.. kain (C) ( balance kain yang di gunting 1/3 tadi) so dia akan jadi begini...

tugas seterusnya ialah menyusun kain A , B dan C. letak kain A lapiskan B dan C. pastikan tidak terbalik yee .. untuk rujukan tengok gambar nihh. lepas ni kena jahit tau.. pastikan lapisan dalam kain berada di luar. kalau rasa dah teror boleh jahit kat mesin terus.. kalau rasa tak berapa yakin boleh selit kan jarum peniti. kalau masih tak yakin.. jahitla jelujur lepas pu jahit tepi keseluruhan kain nih...

lepas dah jahit sila terbalikan sarung bantal anda dan letakkan bantal yg nak di sarung atas sarung bantal besar nihh .. cam gambar nii..

lepas nii.. sila gariskan atau agak agak jee berapa inci akan sama dengan besar bantak asal dan jahit sekali lagi.. tinggalkan bahagian yg cuma ada saiz bantal yg nak di sarung saja.. boleh jelujur atau tanda dgn maker..tapi jgn jelas sangat sbb akan nampak nanti..
dan hasilnya... begini.. so selamat mencuba.. sorry la ganmbar tak lawa sbb aku menjahit dlm stor kt kampung.,. but it;s ok dalam 10 minit sarung bantak aku dah siap.. tido bantal baru ari nii...

2 comments:

  1. JOM SERTAI BLOG LARIAN:TAMBAH TRAFIK SCR PERCUMA
    http://kraftanganpendidikankhas.blogspot.com/2010/12/blog-larian_08.html

    ReplyDelete
  2. Very simple but nice...firs time jumpa teknik cenggini...tak payah susah nak guna tali tape...hehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails