cookieChoices = { }

Thursday, August 13, 2015

Benang tak lekat pada kain semasa menjahit

Salam semua...
Setelah membaca komen yang banyak sangat... saya membuat entry ini kerana mendapati ramai kawan kawan yang membaca blog ini masih kurang pasti dengan jawapan saya mengapa mesin jahit mereka... benang tak lekat pada fabrik yang saya jahit.. mana silapnya?
jawapan saya salah pasang jarum ITU SAJA...
Dan bila saya terangkan cara bertulis agak sukar mereka fahami... So,harap entry bergamba ini boleh membantu anda.
Sila lihat pada ciri ciri jarum mesin anda.. pastikan anda kenalpasti bahagian jarum tersebut.. Arah yang saya tandakan A dan B. adalah bahagian pada jarum mesin.. Cuba pusingkan jarum mesin anda dan lihat betul betul bahawa ada satu garisan panjang... seperti gamba di bawah ini.
Ianya adalah satu garis lurus, seperti longkang kecil pada jarum mesin.. Ini yang anda betul betul kena pastikan sebelum anda mengantikan jarum mesin anda. Dan setiap jenis mesin jahit arah garisan lurus ini berbeza dipasang ye.
Ingat PERTAMA pastikan mana arah garisan lurus ni pada jarum anda.
Dan KEDUA pastikan benang yang di masukkan mestilah selari dengan garisan lurus tersebut. Kesalahan memasang ini akan menyebabkan benang tak boleh lekat pada kain.

KENAPA? sebab di sinilah mesin di setkan untuk mengait benang atas dan bawah. So, salah pasang mestilah benang atas dan bawah gagal berkait dan benang tak lekat pada fabrik anda. 




Sekarang tengok rajah di sebelah ini pulak... cara nak pastikan benang selari.. so ini mesin jahit singer saya.. garis lurus pada jarum di A selari dengan benang B pada jarum ?
 Then ok jahitan akan lekat dengan baik.

Nak diingatkan setiap mesin lain kedudukan jarum nya. maksud saya kedudukan garis lurusnya dipasang. So, kalau tak pasti sila tengok betul betul kedudukan jarum sebelum buka dan ganti jarum.
kalau dah buka tak tau mana kedudukannya ..rujukla balik buku manual.
kalau tak de buku manual ..pusingkan lah arah jarum tu kiri kanan depan dan belakang..test dan tengok arah  yang mana benang akan lekat.
Yang oenting sekarang kena pastikan kedudukan jarum, manakala cara masukkan benang cuma kena ikut selari dengan garisan lurus jarum tersebut ..
SENANG kan? .. hehee
Lagi peringatan..kalau guna jarum jahit mesin A jangan la masukkan jarum jahit mesin B. atau beli klon jarum jahit. itu juga sebab jahitan tak lekat..
Ye la.. setiap mesin ada spesifikasi sendiri, kalau tak match macammana jarum nak berkait ? dan jahitan lekat cantik pada fabrik.
itu saja perkongsian hari nii.

8 comments:

  1. wah.. hampir2 nak beli mesin bru..gara2 jahit benang xlekat.. tq kak share ilmu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, masalah kecil je. Memang dah nak hantar servis mesin jahit. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak...sangat membantu, udah bingung hampir putus asa krn benang gak njahit sehabis ganti jarum...cari info di blog lain gak mbantu, di sini krn ada gambar nya jd benar2 paham...

    ReplyDelete
  4. Masaalah saya....jahitannya mulanya ok....pastu melompat x nak lekat...pastu jahitannya ok....x kemas....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. nak tanya.. jahitan lekat.. tp lompat2.. kadang2 lekat, kadang tak.. kenapa ye.. puas belek.. sampai fed up dah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. nak tanya.. jahitan lekat.. tp lompat2.. kadang2 lekat, kadang tak.. kenapa ye.. puas belek.. sampai fed up dah

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails