cookieChoices = { }

Saturday, April 6, 2013

ubah baju kecil jadi besar

Salam semua sahabat seangkatan..

Maaf la ... Entah napa ntah dua tiga menjak ni rajin nak ubah suai baju..

 Bukan pe baju orang tu ada ke nak dibuang....lama tu cantik lagi.. tapi hamba ni tak dapat pakai sebab badan besar.

Belek punya belek.. hamba pun cari idea ubah suai baju ni.. hhee.. dah bawa pi jalan pusing kampung.

 Pakai dengan slack itam.. Ubah suai dari tshirt lama warna hitam.. Tapi pada kengkawan yang nak ubah suai tu.. cari la kain yang boleh match.. so lawa la skit kan..

Nak jahit nu tak payah pakai ukuran. atau pola. ikut ukuran baju yang kita nak ubah..

Bahannya:

keperluannya cuma baju t shirt lama yang tak muat,
dan satu meter kain yang boleh match dengan warna t-shirt tu..
 Ok step pertama: mula dengan potong bahagian bawah t shirt tu.  Kita akan dapat 2 keping empat segi panjang. Lepas tu baju asal tu akan jadi pendekkan? ok..takpe...

Dua keping yang kita potong tadi jahit pada lengan mula bawah ketiak dan sampai pe bawah. macammana?
Gunting la, t-shirt tu dari bawah lengan ke pinggang.. (Sampai terputus dua la..). Jangan gelabah sebab tempat yang gunting tu sila tampal dengan segiempat tepat yang kita dapat dari bahagian bawah baju tadi.

Buat teknik ni di dua dua belah t shirt.. So.. tshirt yang sendat kat lengan atau dada dah jadi besar..
Maaf la gambar ni tak clear sangat sebab tu kita buat rajah...
harap paham...

Lepas tu kerjakan kain dua meter kita.. senang je.. potong 2 kain tu.. dan sambung supaya jadi segiempat panjang macam dalam gambar bawah ni..
 ok tak? kelim la tepinya yang penting rasanya memang ukuran lilit sama atau lebih panjang dr ukur lilit baju tu,.. jangan tak sama pulak ..
Terlebih panjang takpe.. janagn terpendek dari ukur lilit baju.
Lepas tu cantum supaya jadi kandang..macam kain batik gitu..

Lepas tu..cantumkan dengan baju tshirt yg dah pendek tadi.. camna ye.. jom tgk rajah ni..
dalam rajah ni boleh lihat sekali macamna lebihan pertama tadi di tampalkan..
nampakkan? dah sambung tu..kalau terpajang kainnya boleh la lipat( lipat kedut kedut. adjust agar boleh ngam dengan baju)  agar skirtnya kembang.. kalau ngam ngam than ok...

Saya cadang jahitkan  tali dari kain lebihan kain agar nampak kemas.. sebab kain cotton cantum dengan kain fabrik t-shirt tu akan nampak macam tak ngan kalau tak di sertai tali..
so jadi la macam dlm gambar .. kat atas tu.
so boleh pakai baju yg kecil ni dah besar dan dah jadi paras lutut . boleh match dgn jeans dan slack untuk pakai. antik.. takde orang perasan baju ni telah di besarkan .. heheeheee



 

4 comments:

  1. wah..idea yang bernas ni...lepas ni boleh la test :)

    ReplyDelete
  2. boleh.. jgn buang baju lama yang tak muat tu..sayang..

    ReplyDelete
  3. Kreatifff nya..tak terpikir pulak :)

    ReplyDelete
  4. Kalau dress pon boleh buat mcm neh jugak x?

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails