cookieChoices = { }

Tuesday, April 23, 2013

Memasang butang jeans lima minit aja

hari ni nak siap siap kuar..pi bank jap.. Pilihan pakaian selaur jeans dengan t-shirt je senang dan ringkas je..
lagipun nak bawak si kecil ni lagi satu hal.. kang nak berdukung nanti susah kalau pakai baju kurung.
BUT...Tetiba je alamak..butang tercabut lak.. gemuk ke aku nih? rasanya dah kurus.. ntahla..

So alang alang memasang butang jeans ni.. terus je ambik gambar.. Kejap je dalam 5 minit dah siap.. tak caya jom tengok macammana saya buat...

ni ha gambar butang jeans yang tercabut tu.....  butang depan tercabut dan bahagian belakangnya bengkok..

JOm tengok cara-cara baikinya..

Pertamanya.. keluarkan la butang yang tercabut tu sepenuhnya.

 Pakai gunting cermat kain yang menutupi butang yang tertinggal pada kain.
Bukan pe kalau tak tanggal namti kena kulit kit asakit dan tak selesa.

Kalau lubang tu besar pun jangan panik. sebab kita akan pasang butang lain kat sebelahnya.
So takde kena mengena dgn lubang yang terbiar tu.

Dan lepas tu, keluarkan set butang jean anda. dalam set ini ada 4 butang besar dan empat butang kecil. So, ambikla yang mana bersesuaian dgn lubang butang jeans anda.
Set ni boleh di dapati di kedai kedai peralatan menjahit. Set yang lengkap akan disertakan dengan penekan manual yang nudah digunakan. Pakai tangan pun boleh.


Kalau malas nak pi belek kat kedai boleh semak kat 123kidz.net. bahagaian bahan jahit kat menu bar blos saya ni. RM 3.50 je satu set ni. Murah kan?Tapi stocknya amatlah terhad. kalau dah abis saya minta maaf.

Dan lepas tu boleh letak butang pada tempat penekan. manakala skru yang kecil tu kita sumbatkan pada bahagian jean yang nak di pasang.  kalau di lihat teliti skru tu akan keluar pada sebelah side lagi macam dlm gambar. Senang je nak sumbat sebab skru tu tajam.

Kemudian tekan butang tu kuat  kuat dengan penekan. Sebelum tekan pastikan skru tu betul betul di tengah butang. Sebab kalau sengit butang tak lekat kemas.

Tada... dan siap dan sedia di pakai..
takyah guna benag semua.. tekan tekan je..
dan lepas tuu.
Sedia di pakai..

apa yang best Ima selalu gak guna butang ni untuk tujuan perhiasan kat mana mana jahitan lain..nampak anggun.. terutama bila malas nak jahit butang.

sekian perkongsian hari ni..

2 comments:

  1. Hai, apa nama benda yg kta nak guna utk pasang butang tu? Nk cr d kdai tp x tau nama..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... emm button tu boleh dapat kat kedai rm2.. atau kedai yang sama dgnnya.. yang ni saya beli dgn harga dua ringgir lebih..kat tiga inggt. murah jeee..tapi button tu ok sampai sekarang...

      Delete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails