cookieChoices = { }

Friday, October 23, 2020

Mesin jahit tepi Merry Lock

Salam semua.. dah bertahun saya tak update.
komen pun baru nak mula reply. Sibuk dgn IG FB sampai blog terbiar. Saya cuba sedaya upaya untuk reply ye..
Tapi hari ni memang rindu benar nak type new posting kat Blog kesayangan ini.
 
Cerita tentang mesin jahit tepi saya yg penuh misteri.Sebelum tu saya nak tunjuk gambar mesin jahit tepi saya ni dan uncle yang service mesin ini dengan baik sekali. Terima kasih banyak uncle. 


Mesin jahit tepi saya ini jenama Merry lock.

Ini uncle yang baiki mesin saya. Yang saya tak pernah bawa pi service sebelum ni.

MISTERI MESIN MERRY LOCK

Ni nak juga cerita pasal sejarah mesin jahit ini. Ceritanya begini, rakan sepejabat minta saya tolong buat ubah suai  bajunya. Jadi saya kata saya mungkin lambat sebab say atak ada mesin jahit tepi. Saya ken abawa ke kedai jahit untuk itu mungkin ambik masa. 
seminggu selepas itu dia datang ke pejabat dan membawa sebuah mesin jahit tepi. Terkejut saya.. napa pulak ni?
katanya kau kena ambik juga  mesin jahit tepi ni. Mak saya dah tak jahit lagi, mak kata dia dah tak nampak. So dia nak let go mesin ni. Anak anak dia, termasuk aku tak suka menjahit dan tak pandai menjahit. Bila mak tahu ada kawan saya yang minat jahi, mak minta saya bagi jual mesin ni kat awak. Katanya ambik je murah je. Mak kata ambik jer RM400 lepas tu nayar 2 kali.
Adoii terkebil kebil aku.. tetiba? lepas tu saya nak mesin baru singer ke.. brother ke.. tapi tak pe la sbb RM400 ok saya ambik. Mesin comel tu di pindahkan ke bonet kereta saya petang tu. Wow, berangan nak jait macam macam. 
Kawan saya ni pun satu , kalau katanya RM400 dua kali bayar.. saya nak bayar sekali gus dia tak nak pulak.Simpan je la. rm200 dlm drawer..cukup bulan bagi juga dia yg sama. asal tuannya happy .. 
Tapi manual dah takde.. mesin lama kan..? nak ubah mana mana pun takut.. kot salah pasang ..dah le takde manual. Try juga cari kat internet.. tak ada juga. Jenam ape ye? saya ni buta jenama.. Ok sepanjang saya guna ada la skit masalah, jarum patah dan potongan nya tak tajam sangat.
Beberapa bulan say aguna mesin, ibu kepada kawan saya meninggal dunia. Rasanya macam makcik tu nak bagi saya waris harta kesayangan dia.
Nak di jadikan cerita bulan lepas saya menjahit langsir dan mesin itu berbunyi kuat seperti ada part besar yg patah. jarum patah dan palang besi beralih betul betul di bawah papan jarum. So, jarum tak boleh masuk ke lubang yg betul. 
Saya terus teringat kedai servis mesin jahit lama di kampung saya pahang. Jadi saya bawa mesin merry lock ni balik pahang. 
Sesampai saya ke kedai uncle, saya terus tunjukan mesin tu. Kedai uncle memang pakar baiki dan servis mesin lama. jenama lama macam singer yg pakai tangan dan kaki , jenis 60an dan 70an malah ada yg lebih lama dr itu. Malah ada yang kita dah tak jumpa lagi zaman ni. Uncle senyum lebar bila dia tgk mesin merry lock saya. Katanya .. you tahu nama saya senyum? ini mesin sangat berharga? kalau rosak mcm ni pun bernilai RM2,000. 
Terkebil kebil saya memandang uncle tu. Dia terus menunjukan saya sticker original mesin tersebut. Katanya mesin ni boleh tukar jahit tepi yg kecil untuk tudung dan juga jahit tepi saiz biasa yg saya selalu guna.
Alamak... ye ke? Alhamdulillah. So, uncle tu jadi manual saya.. dia ajar saya guna mesin tu dengan betul dan bagaimana nak ubah dr jahit kecil ke jahitan besar. Uncle juga ajar saya cara jaga mesin tu dgn baik. 
Apa yang menyentuh hati saya, ialah makcik. Ibu  kepada kawan saya, harta pusaka yg dia tahu kepada siapa dia nak bagi. RM400 untuk mesin yg boleh dijual dgn harga RM2ribu. Ya Allah terima kasih makcik. Selama ni saya tak tahu nilai mesin makcik. Malah uncle beritahu saya, mesin ini tak dapat menandingi mesin singer atau brothers terbaru, kualitinya memang sangat baik.. 
Ok bagi sesiapayang nak perkhidmatan uncle, available juga kat Klang valley boleh call no DASINI uncle nama V Doray at 019-3153712



5 comments:

  1. Saya punya mesin jahit pun jenama ni.MerryLock😊

    ReplyDelete
  2. kita kawan... heheh nanti ada pe pe boleh kongsi

    ReplyDelete
  3. Sya ada mesin jahit singer..lama tk guna tpi dh servis..jhitan atas dn bwh tk lekat lngsung bila mesin..ble tlg bgi cara utk baiki atau ble rekmenkn utk dibaiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hantar servis tu. call jer singer. mereka ada orang servis yg boleh dtg k erumah

      Delete
  4. Saya pun ade,tp x reti guna...boleh x ajar

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails