cookieChoices = { }

Sunday, May 24, 2009

KERJA KRAFF

kerja kraff dah jadi hobi aku....

Aku memang suka buat keje kraf ni.. dan skit skit bunga dan hantaran perkahwinan.Ini la keje yg aku buat sejak aku sekolah lagi… dari zaman mak sedara kawin..sepupu dan sampailaaa adik aku yg bongsu lak… yg akan berkahwin Jun ni. Aku pun terfikir nak wujudkan ruang ni.. mana la tau ada antara orang yg singgah kat blog ni nak berkongsi… apa salahnya.
Rasanya saya nak mempamerkan hasil tangan saya untuk dikongsi. Dan sesiapa yg berminat nak belaja boleh terus meminta dr blog ni. Saya akan cuba ajar online… sesiapa yg nak barang barang raw material pun boleh minta saya boleh poss dan last sekali kalau nak beli ..saya akan usahakan. Dan kalau berkesempatan saya akan tunjuk cara caranya terus kat sini.
Ini kerana saya juga akan mempamerkan hasil mengkuang dr kampong kelahiran saya. Mungkin dengan cara ini saya boleh membantu orang kampong menambah rezeki… tapi saya alu alukan kalau yg nak belajar. Sebab seni mengkuang nii saya pun tak reti. Kalau kraff lain tu saya cuba.. bila fikirkan balik rasa nak je belaja buat semua tuuu. But masa tak mengizinkan.
Mengenangkan ayah yg dah pencen tu..tekun betul dengan seni kayu. senduk kayu selalu je ada yg nak belinya… bagus juga dipamerkan disini. Tapi dia kalau tak kayu cenggal tak mo dia buat..katanya kayu tu bagus.. bagi saya yg buta pasal kayu ni… apalah bezanya cenggal dgn kayu lain? Sama jeee.
Agaknya la… minat saya pada bunga..gubahan ..seni kraff..mungkin darah dr mak dan ayah yg memang dah sebati dgn kraff. Apa la salahnya kalu saya isikan satu blog utk kraff. Sekurang kurangnya hasil lukisan saya juga boleh saya letak kat sini. Kalu dulu saya suka menghadiahkan lukisan kesayangan saya pada orang kali ni saya boleh buat koleksi pulak…
Teringat saya pada lakaran wajah wajah pelajar batch masa kat Terengganu dulu.. T-shirt tu laris tp saya yg tak dpat t-shrt tuuu… yg tinggal pada saya hanyalah lakaran yg saya buat tu.. nanti bolehla saya paste kat sini buat kenangan.
Banyak aku membebel tp belum lagi paste apa apa gambar… mungkin lepas adik kawin nanti kott. Dalan bulai Julai 2009. Ok la saya stop kat sini dulu ..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails