cookieChoices = { }

Monday, September 6, 2010

sarung tilam ropol bayi

Tilam ni sebenarnya aku buat sendiri.. pakai kekabu . pokok kekabu yang belakang umah mak.. so ari ni aku nak jahit sarung baru,.. sarung tilam ni dah lama siap.. tapi hari ni baru lee aku ada masa nak kongsi dgn semua.. Ok mula sekali saya nak bagi tau kain nya besar mana tu ikut la besar mana tilam anak anak kita yee..

Saya pakai 3 meter kain. dan lebihkan sikit untuk buat ropol.
Ok pertamanya buat ropol dulu.. besar ropol iku suka. saya buat dalam 3 inci jee. gunting kain panjang seperti dalam gambar.. . untuk tahu banyak mana anda perlukan ropol ialah dua setengah kali ganda ukur tepi tilam.
lepas tu sambungkan semua kain yang di gunting tuuu supaya jadi panjang. dan jahit kelim tepinya... cam nii...
selepas itu kedutkan ropol anda.. sesiapa yang ada auto kedutkan lagi bagus.. kalau tak pakai manual jeee. lagi rapat anda kedutkan ..lagi panjang ropol di perlukan. so kuran saya bagi tu untuk standar jeee. so jangan rapat sangat dan banyakl sangat










Apa nak buat bila ropol siap..? letak je tepi sat. tumpukan pada sarung tilam anda.
lipatkan ikut besar tilam sedia ada lebarkan satu inci untuk ruang jahit dan tebal tilam. klau lagi tebal ukur tebal dan tambahkan setangh inci.
ok lipat kain sarung tilam seperti di dalam gambar.
di mana ruang bertemu di sisi atas dan bertindah. pastikan yang bertindah tu banyak sikit. sbb anda akan kelim lagi lepas proses nii.
lepas tu sila gunting fabrik anda... hasilnya begini


nampakkan fabrik tu terpisah.. ambil bahagian yang kecil tu kelimkan dgn mesinhasilnya begini dan kelim lagi sebelah yang besar tu.. dan hasilnya dua keping beginijangan lupa ada satu lagi kepingan ayng besar kan? so yang besar tu kita akan jahitkan ropol.





jahit ropol seperti ini pakai jelujur dulu sekeliling lain.. insyallah ropol anda mencukupi.









untuk tengok ropol yg di jahit separuh siap macam ni ... dan yang dah siap kelilingnya di jahit jelujur macam niii
peringatan .. pastikan bahagian depan adalah bahagian depan kain anda.. jangan terbalik lak nanti...














lepas tu letak bahagian yang kita jahit tadi...
















dan lapiskan bahagian yang besay lagi satu.. dan dipersilakan jahit jelur lagi sekali... pastikan lapisan yang di luar tu bahagian dalam kain..jgn terbalik yaaa
minta maaf gambarnya dah stop sampai sini.. nanti kit aletakkan.. tapi lepas ini jahit pakai mesin dan terbalikkan dah siap tau... nnati kita cari gambar tu dan tambah sini...
sesapa nak detail boleh email yeee










Tada.. ni gambar yang dah siap

1 comment:

  1. terima kasih, sy rujuk ye nk bt sarung tilam anak sendri, baru nak belajar jahit.. insyaAllah sy cuba bt wlpn gmbr xjelas sgt. ( myb warna kain yg soft). tq.

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails