cookieChoices = { }

Thursday, September 4, 2014

asal pokok mengkuang dan tikar mengkuang

Saja nak letak infio mengkuang.. sebab ramai tak tahu bagaiman nak buat tikar mengkuang...
ni la pokok mengkuang ..... tumbah sendiri atau di tanam.. sebab susah nak dapat.. tempat yg ada air sikt..mcm berpaya baru mengkuang ni hidup..

ni kalau tengok dari dekat...

pokok mengkuang ni bercabang.. dari satu pokok yg sama.. ala macam pokok pandan la..

 
ni daun pokok mengkuang... berduri tau..... ni nak cita proses yang mak, arwah nenek dan sedar mara aku selalu buat. Tempat lain mungkin beza kot.. tapi sory la cita ni takde gamba sebab masa aku balik mereka dah siap proses ni..
1. daun pokok mengkuang di tuai dari poko ( dengan duri lagi tau!)
2. Dilayur atas api ( ko tau layur tu apa? . Layur tu ialah lalukan atas api seketika, supaya layu)
3. lepas tu di potong secara memanjang sama ukurannya ( tu mereka pakai alatan yang macam kuku pencakar ... dan di letak pisau tajam dan daun di tarik.. so ukuran sama la...)
4. direndam dlam air few days.. kalau nak letak pewarna tima ni la... selalu color purple hijau ..tu pakai pewarna semula jadi dr hutan ye.. takde kedai nak beli..zaman dulu.. batang spam melahirkan warna purple yg cantik.mak aku panggil biru pucuk kundang..
5. di jemur kering dan di kikis supaya ruang rongga daun tu takde..
6. di anyam.. - nak anyam ni kena ada kemahiran dan waktu tertentu.. bukan ko boleh anyam waktu ko suka.. selalunya awal pagi lepas subuh ke.. sebab mak kata time tu mengkuang lembut..

 lamak ni gambar pokok ara.. pesal boleh terambik.. takpe la.. boleh tengok ni la pokok ara .. yng macam buah tin.

Ni tikar yang di anyam.. mula dari tengah ye.. lepas yu habis ketepi.. tak cukup boleh sambung... nak anyam ko kena duduk atas tikar tu...anyam skit sikit.... bukan terus sipa. dan ambik masa..
hanya orang yg mahir macam mak ..dan orng lain seangkatan je boleh buat ni...
nak belaja? tu la.... hheeeheee cerita je lebih....

1 comment:

  1. arwah mak akak dulu rajin juga buat tikar mengkuang

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails