cookieChoices = { }

Sunday, January 27, 2013

bunga perca-putih

Salam..
Entry hari ni, bunga dari lebihan perca kain. Macam dalam gamba ni.
yang saya padankan dengan tutirial kasut merah baby.
Kain yang saya guna hari ni ialah microfleece (sebenarnya lebihan saya jahit cloth diaper) yang tepinya tak berbulu atau keluar benang. So, senang nak buat bunga. Kalau anda takde kain ni boleh ganti denagn kain yang sewaktu dengannya. mana mana kain yang fabriknya lebih kurang sama boleh la guna untuk buat bunga ni. Jangan di tany anamanya..saya tak tahu .. tapi saya suka. Ok jom buat sangat la senang.

Anda perlu ( Bahannya):
1. Jarum jahit tangan
2. benang
3. gunting
4. butang- apa jenis pun boleh -kalau boleh biar warna kontra dengan fabrik
5. fabrik tak berbulu tepi- kalau tebal lagi bagus sebab lagi gebu.

Caranya:
gunting fabrik segitiga. Ok .. lepas tu guna segitiga yang sama untuk gunting sama besar. Gunting sebanyal 6 keping untuk satu kuntum bunga. Tapi kalau nak banyak pun tak pe.. ikut suka anda.
Saya tak sediakan pola ye.. sebab segitiga tu basic je.. tak payah pakai pola pun korang boleh buat. tengok gambar yang saya sertakan.









lepas tu lipat di bahagian tengah segitiga seperti gambar dan kemaskan dengan jahitan.
lepas tu tarik hujung segitiga yang di lipat kedepan. Lakukan di kedua dua belah seperti dalam gambar.  
Cantumkan kesemua 6 keping yang di lipat tadi. Kemudian kemaskan.
selepas itu dibahagian tengah lekatkan butang.
Inilah hasilnya.. senang je kan? bunga warna putih yang saya padankan dengan kasut merah. kalau nak tutorial kasut merah boleh baca di sini. toturial kasut merah .
GOOD luck, all the best. dan jangan lupa singgah lagi.

2 comments:

  1. salam sis..tq ats ilmu yg dikongsikan..boleh tak share pasal buat cadar bergetah..harap tolong ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq shima for the visit.. maaf kalau lambat reply.. cadar bergetah agak mudah nak buat. insyallah ada kelapagan saya post..cuma sekarang ni busy banyak..

      Delete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails