Salam..
Hari ni nak kongsi cara buat toy. Ketam.. so saya guna kain lebih lebih je,.. toy ni tak besar pun sesuai untuk bayi main. lebih pada soft toy.
Ni gambarnye..Tapikan ada berita kurang baik skit.. Masa tengok balik gambar yang ambik dalam camera ni, ada picture missing. ohh tidak.. Takkan nak buka balik just sebab nak ambik gamba tu? emmm kita lukis pakai tangan je la.. sesiapa tak paham dipersilakan tanya. ye..
Bahan Bahannya..
1. Kain plain colour dan corak corak.
2. span - skit je dalam satu kertas a4 tu dah cukup
3. kapas - skit jugak
4. kain putih- skit je. saya guna fabrik fleece.
5. skit perca kain hitam untuk mata- kalau boleh kain fleece.
lepas tu sila uploada pola untuk toy ketam kat bahagian pola ye. Menu atas bar blog ni. Gunting pola ikut jumlah yang ada tulis kat pola tu.
CARANYA.
Sila gunting pola ikut berap keping yang di nyatakan daalm pola. Dan lepas tu boleh mula jahit.
Rupa kaki ketam yang dah di letak span macam ni.Siapkan untuk ketiga tiga saiz kaki ketam yang di beri. tiap satu kaki ada dua keping. Lepas siap kaki ketam ketepikan. kita siapkan pula penyepit ketam dan kaki ketam yang hold penyepit tu. Caranya macam ni.
Lepas tu buat pemegang penyepit ketam tu . Pola yang lurus tu balutkan dengan span. macam ni.
Lepas tu cantumkan kaki dan penyepit macam ni.
Lepas cantum boleh jahit dengan mesin atau jahit tangan je.
Ini hasil penyepit ketam yang dah siap. ada dua penyepit ketam yang ken adi siapkan dan ketepikan. Kita buat pula mata ketam. Jom, caranya macam ni.tampalkan dua keping pola untuk mata tinggal sikit ruang untuk terbalikkan. dan isi skit kapas. lepas ti jahit bulatan kecil warna hitam. di tengah bulatan tersebut. ruang untuk isi kapas biarkan, sebab kta akan letak tangkainya kejap lagi. Cara buat tangkainya macam ni.
Tangai ketamni saya gunakan kain bercorak dan satu lapisan span nipis. macam gambar di bawah ni.
ni pulak bahagaian mata darai belakang. ada nampak sayaa simpul mati untuk jahit tampuk hitam seperti mata.
Ni pulak mata dari depan. Gambar ni dah disambungkan dengan tangkainya saya jahit oakia tangan sebab kecik sangat. Lepas siap semua bahagain ni cantumkan semuanya sekali dengan main body. Susun macam dalan gambar ni.
Harap nampak jelas gambar ni. susun macam ni .. kaki tangan , penyepit dan mata ketam.. susah skit nak jahiot sebab keadaab bertindih. Saya letak jarum peniti lepas tu saya jelujur dan lepas tu baru jahit pakai mesin. jangan lupa tinggalkan ruang bahagian bawah untuk terbalikkan ketam keluar.
Jahit kemas. Lepas terbalikkan letak kapas dibahagian body dan jahit kemas menutup ruang isi kapas tadi. So, jadilah ketam kita.. ketam ni soft dan memang sesuai untuk baby. pakai kain lebih jahit je.. selamat dan takde yang bahaya untuk anak anda. Cuma jahit kemas skit agar tak tercabut mana mana bahagaian ketam ni.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan anda di sini