cookieChoices = { }

Saturday, January 26, 2013

simple kasut bayi - Kasut merah

Salam hari ni nak buat pos pertama 2013.

Tajuk jahitan kita hari ini ialah kasut merah. saya akan ajar anda jahit kasut bayi yang mudah dan sekiranya anda tiada mesin jahit anda boleh boleh gunakan jahit tangan sahaja. Kerana ianya sangat mudah. Seperti yang saya janjikan, semua entry saya pada tahun 2013 ini dan seterusnya, akan disediakan pola. Sila klik pada menu pola di menu bar diatas dan klik pada pola kasut merah. sila print dalam saiz A4 ye. Seterusnya anda boleh ikuti tutorial ini untuk buat kasut bayi anda.
sekiranya tak faham sila letak komen di bawah entri ini.
Mula sekali bahannya:
sangat fleksible.. kalau takde guna apa yang ada saja.

1. Apa apa kain(wajib) yang korang ada, tak banyak dalam 2 kertas A4 dah memadai.
2. pengeras kain - tak kisah la yang lembut atau keras
3. pelekat - tak kisah la..snap button atau pita pelekat
4. mesin jahit - jahit tangan pun boleh sebab tak banyak
5. hiasan - add onn (boleh guna mana mana koleksi hiasan add onn yang saya akan ajarkan lepas ni dalam entri entri seterusnya)
ok jom mula:
Bagi yang dah print pola ada 3 keping je...
Dalam gambar ni, saya dah siap ironkan dengan pengeras baju. Selalu kalau nak buat lapik leher atau sulam kita pakai pengeras ni..dia ada glue.. iron je dia akan melakt pada fabrik. Dan fabrik akan keras skit dan senang nak sulam atau jahit sebab tak kedutkan fabrik.
Tapi untuk buat kasut bayi ni, tujuan kita letak ni, sebab kita nak kasi kasut tu tak lembik dan senang jahit. Tapi kalau takde tak yah la bersusah payah beli.. takde pun boleh jahit juga..

 Mula tandakan bahagian tengah dengan lipat dua pola tu yang berkepak macam dalam gambar ni dan tapak kasut. Cantumkan.
kalau tengok pola betul betul anda pasti perasan, tapak kasut tu ada macam bentuk telur bujur. tanda dan jahit dibahagian bulatan besar tu seperti dalam gambar ini. 
Lepas cantum kasut bayi anda akan kelihatan seperti gambar sebelah.

 Lepas tu teruskan dengan bahagian yang ketiga. seperti biasa mulakan dari bahagian tengah supaya kasaut anda tidak sengit sebelah.
jangan lengkapkan cantuman sila tinggalkan ruang seperti dalam gambar ini 

Untuk bahagian tepi cantumkan seperti ini. dimana bahagian kepak tadi berada di atas dan kemaskan jahitan anda di kedua dua belah kasut.kiri dan kanan.

Kasut yang sudah di jahit akan kelihatan seperti ini. dan anda boleh terbalikkan kasut keluar.

dan anda akan dapati kasut bayi kelihatan begini. lihat anak panah. Kawasan tersebut adalah pertembungan lapik belakang dan depan kasut.

Jahit kawasan itu dengan mesin atau tangan. supaya kasut kemas.

Jahit kasut mulakan dibahagian tepi kasut dan kelim kemas kebawah . Boleh gunakan jahit tangan atau mesin.

Ini adalah rupa kasut yang siap di jahit tepinya.
bila dah siap jahit boleh tambahkan bunga atau apa apa add onn yang anda boleh belaja dari 'add onn' toturial.
Atau anda boleh daptakan tutorial buat bunga kecil tu di sini bunga putih
Jahitkan bunga seperti ini degan kemas. Untuk bayi lelaki letak add onn menu atau klik je sini  yang sesuai untuk anak lelaki.

Sedia untuk tambahkan butang . Anda boleh letak pelekat lain yang anda suka. boleh di buat lubang butang atau pita pelekat atau snap button.

Saya menggunakan snap button kerana lebih mudah. Tidak perlu jahit kemas dan cantik. sekiranya anda berminat untuk membeli tools untuk snap tools set anda boleh klik di sini.
 
 

letak snap button

kemaskan dengan snap tools set

inilah hasil yang telah siap. selamat mencuba. Ianya sungguh mudah. terdapat banyak jenis kasut bayi di pasaran, dan saya akan updatekan lagi design kasut yang lain dari masa ke semasa. sila berkunjung lagi. Terima kasih.

21 comments:

  1. as salam..

    wah menarik ler.. nanti nak cuba ler.. kak nie paten kaki baby umor /saiz berapa?.. halal kan yer tutor nie..

    tq kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      kasut ni untuk baby dari new born sampai 6 bulan. kalau baby tu kecil je.. mungkin setahun tu boleh pakai lagi kot :)

      Delete
  2. comelnya kasut.. geram je saya tgk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam seputih Salju.. cuba la buat. Takde mesin jahit pun tak pe. boleh jahit tangan.

      Delete
  3. salam, saya lin nak tanya,untuk ukuran pola tu mcm mana eh? saya tak boleh nak agak..almaklumlah tak ada basic menjahit...thanks in advance ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk ukuran pola tu.. memang guna je saiz yang anda print tu. print kertas A4 ye.. untuk baby new born hingga satu tahun.
      ok kalau nak besar pi kedai fotocopy minta besarkan.. berapa percent yg anda nak.. senang kan? heheee...sebab ukur lilit tapak dengan cover tu kena sama.
      harap membantu.

      Delete
  4. sy suka blog akak..mohon cedok ye...thanx... :)

    ReplyDelete
  5. yang, camne nak print pola ikut kertas A4. Dah print tapi kuar gambar kecik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ... kalau nak dapat saiz A4 sila simpan pola tu dalm pc anda sebagai picture. Lepas tu baru print picture tu dlm saiz a4. kalau tak dia mmng akan kuar kecik. maaf la banyak keje skit..

      Delete
  6. salam..cantik la kasut baby ni... nak cuba buat la untuk baby baru ni..
    thanks kongsi ilmu... ;)

    ReplyDelete
  7. cantik...ini salah satu sedekah yang berpanjangan..alhamdulillah dan tahniah!
    sebab 3 amalam jer yang kita dapat bila kita mati..ini salah satunya..ilmu yang bermanfaat....

    ReplyDelete
  8. comel..mohon share maklumat ini..terima kasih dengn ilmu ini,menarik untuk dicube buat anak..cuma nak tahu kanan dan kiri sama ke pola nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. untuk bayi kanan dan kiri masih belum terbentuk. gunakan pola ini untuk kedua dua belah kaki.

      Delete
  9. Cantik.... Ni ada pola ke yg boleh digunakan?

    ReplyDelete
  10. Yes ada pola .. boleh dapatkan kat button pola kat dlm blog ini... selamat mencuba.

    ReplyDelete
  11. Mcm mana nak beli alat buat butang tu

    ReplyDelete
  12. Nak beli kat mana alat buat butang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pn Jamilah.. alatan nak pasang butang tu di panggil snap button. Alatan ni popular digunakan pada cloth diaper. Sila dapatkan di kedai kraft.
      saya ad ajual sebelum ni.. tapi dah kehabisan stock.

      Delete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails