cookieChoices = { }

Thursday, March 7, 2013

Jarum patah

Salam..
Hari ini nak chit chat pasal mesin untuk kongsi ilmu. Tetiba je jarum mesin patah.
Jangan sampai patah hati untuk teruskan menjahit. Mari kita cek apa masalah yang mungkin berlaku jika jarum mesin asik patah je. Antara masalahnya ialah:

1. Jarum tidak sesuai untuk benang dan fabrik yang kita jahit. Sila tengok.. kain kita tu tebal sangat ke? Melebihi kapasiti mesin dan jarum, sila tukar pada jarum yang lebih besar dan tebal untuk fabrik yang tebal. Mutu jarum pun kena tengok, kalau boleh gunala jarum yang sepatutnya sama brand dengan mesin atau brand lebih baik dan sesuai.

2. Jarum mesin tu memang dah bengkok kot.. kalau dah bengkok, bila mesin bergerak turun naik dia akan langgar kepingan dan akan patah, sila ganti jarum baru.

3. Cek balik, kita dah screw jarum ketat  tak? atau longgar dan tercabut lalu patah

4. Salah pasang jarum, terbalik dan tak seperti sepatutnya. Cara pasang ikut mesin, sila rujuk buku panduan jika tak pasti.

5. Anda cuba nak tarik fabrik kuat kuat, yang memberi tekanan pada jarum lalu patah

6. Anda rentap fabrik dengan kasar selepas menjahit

7. Anda jahit kelim tebal, dan kain anda nipis.

8. Anda tak tanggal lagi jarum peniti dan terkena jarum mesin masa menjahit dan buatkan jarum anda patah

9. Ada manik manik atau simpulan keras pada fabrik yang menyebabkan jarum patah

10. Tapak penekan mesin tak pasang betul, longgar atau salah pasang. terkena jarum dan patah.

11. Skoci tak pasang betul, jarum dapat tekanan dan patah

12. Memasang zip tak guna alat jahit zip, lalu besi atau plastik keras terkena zip dan patah

cuba cek betul betul.. mungkin anda lakukan salah satu dr perkara di atas dan menyebabkan jarum patah.

tu je tulisan untuk kita kongsi hari ini.

7 comments:

  1. Hana dah kena yg ke 12 tu... mula2 puas pelik nape patah.. tensi toi... skang dah tau

    ReplyDelete
  2. kita pun penah kena..sebab tu take note.. tapi yang terbaru ni..tension dengan baju yang ada dot dot keras tu.. memang patah la jarum.. tension..

    ReplyDelete
  3. Xtau pe masalah tp bilajarum ke bawah tgk tapak yg sebelah tmpt sekoci tu x pusing...jarum terkena kt tapak tu..dan x leh jahit jarum pun patah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. malah macamtu jadi bila alignment lari.. tapak tu ketat atau benag skoci bergumpal..
      pastikan benag skoci senang bergerak. sebab bila tersangkut tempat besi tak terbuka dan jarum akan hentam atas besi dan patah.

      Delete
  4. Saya jahit baju tapi x cantum atau bercantum benang ye terlepas x lekat di kain

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan boleh refer posting saya bertajuk benang tak lekat masa menjahit

      Delete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails