cookieChoices = { }

Saturday, March 23, 2013

simple dress - XXXL

salam semua.. rasa macam lama tak update.
Hari ini Ima nak kongsi buat dress paras paha.. Boleh pakai dengan jeans dan seluar panjang. Tapi ukuran yang Ima buat ni khas untuk yang berbadan besar. Ima faham susahkan nak beli dress untuk yang selesa.. asik pakai t shirt dan kemeja boring juga. Apa kata anda cuba jahit dress ni. simple je. semuanya gunting lurus.. dan dapat la sorok perut dan lemak memboroi tuh.. wakakaa..
kemas dan selesa. Beli la kain cotton yang sejuk. mesti best. Untuk first timer, cuba ni boleh la pakai kain muruah dulu .
Ok la hari ni saya nak kongsi buat dress ala skirt. saiz yang saya bagi ni untuk saiz besar macam saya..
wakakka.. kalau kat kedai tu saiz xxxl. ok jom tengokk. Ukuran dalam pola untuk saiz xxxl ye.
macam biasa untuk pola ni sila klik kat link Pola atas blog saya dan cari pola drees XXXL.

Ni adalah kain yang saya guna. kain yang perlu berukuran 2 hingga 3 meter cukup.

 
Lepas tu sila gunting ikut pola yang saya bagi. Jangan bimbang la.. sebab cara gunting memang saya reka semua lurus je.. so tanda dengan pembaris..takde yang bengkok dan bulat.


 Bila dah gunting pola . say amemang tak tebuk leher lagi.. terus je saya jahit lengannya. Lengan ni memang selesa untuk yang lengang besar ..memang tak mencekek. ala kurung kedah punya lengan.

 nampakkan lengan yang dah di sampung dengan badan. now kita tebuk lubang leher.. ukur la leher sendiri dan tebuk besarkan skit agar selesa.
  mula mula lipat tengah biar centre.. dan  saya gunting dua dua  lapisan sama saiz. lepas tu untuk leher depan saya tambah kebawah satu inci dari leher bahagaian belakang.

 ok jadi macamni... lepas tu kerjakan leher dengan tambah lis. gunting skit agar senang nak jahit. kalau susah nak jahit dan gunting bulat boleh je buat segiempat untuk leher ni.

  ok badan dah siap cantumkan dengan kain . kain tu jadikan macam kain sarung jahit kelim bahagian bawahnya.

 dah siap.. selesa sangat.. senang je. dalam 30 minit dah siap.. nak lawa tambah la accesori. berbaloi. ingat nak beli kain cotton sejuk dan lembut skit..lepas ni.
Kalu nak cantik lagi boleh tambah tali di bahagian pinggang.

2 comments:

  1. Wah.. bagusnya blog ni. Suka sgt kalau dpt jahit sendiri sbb susah cari baju yg saiz besar. Boleh tak kongsikan pola blause dgn lengan reglan?

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails