cookieChoices = { }

Friday, May 3, 2013

Cara mudah menanggalkan butang snap

Ada berbagai kemungkinan untuk anda menanggalkan butang snap yang telah siap di pasang. Diantaranya :

1. Tersalah pasang di tempat yang tak sepatutnya
2. Butang rosak
3. Tidak mahu menggunakan butang snap lagi

Contoh butang yang tersalah pasang:


Mari kita tengok bila butang tersalah pasang. Butang perlu di tanggalkan untuk memasang butang baru. Prosesnya kena buat hati hati, kalau tidak fabrik akan rosak dan lubnag butang jadi besar dan pemasangan butang baru akan hanya menyebabkan kain terkoyak besar dan tidak kemas.
Cara yang cermat menjadikan butang baru yang dipasang nampak kemas seperti butang asal.


Ohh ya.. lupa nak cakap.. klau butang tak habis tertekan.. boleh masukkan dalam plier dan tekan sekali lagi ye.. macam gambar kat atas tu..
Tapi sekiranya anda tertekan pada bahagian tepi plier macam gambar sebelah ni.. tak dapatlah nak nolong.. kita kena buang dan paang yang lain.. nak faham cara yang betul kena baca entry saya yang dulu tentang pemasangan butang snap.

Caranya:
Potong semua bahagian yang timbul pada butang.
Gunakan peralatan tajam seperti pisau yang tajam, hati -hati jangan terkena fabrik. Kalau anda ada gunting yang runcing hujung pun boleh pakai. Sebab yang utama ialah meratakan butang itu.

Bahagian utama kena dibuang ialah bahagian paku yang telah dileperkan oleh plier anda.

Selepas bahagian timbul dipotong sila gunakan screw driver , masukkan di celah butang di antara fabrik dan butang dan kopak keluar hati hati.

Cuba tengok gambar ni tentang butang yang dipotong sempurna bahagaian tertimbulnya..

Kesalahan akan menyebabkan kain koyak. Tapi kalau buat hati hati hasilnya akan ok. Sebab ia sangat mudah dikopek kerana bahagian pemegangnya anda telah potong tadi.

Hasilnya akan jadi begini.

Jangan risau kerana lubang kecil yang tertinggal hanyalah satu lubang kecil hasil dari jarum tajam snap yang berupa paku payung tersebut.

Jika anda ingin memasang butang lain boleh gunakan lubang yang sama.

Jika kain anda lembut sila tambahkan kaian lain sebagai pelapik agar butang kukuh dan fabrikjuga tidak mudah rosak. Pengeras kain yang lembut pun boleh di gunakan.
Selamat mencuba..!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails