Salam..
Ini entry saya yang kedua pasal memasang plastic snap button. Harap semua yang baca entry ini telah membaca entry saya tentang part dalam set snap button dan dah tahu bagaimana nak gunakan snap button tools dalam entry saya lepas. Untuk mendapatkan set plier boleh di dapati melalui website DIYini
Jika masih belum membaca boleh klik di sini mengenali part dalam set plastik snap button. Atau klik lain lain di atas menu bar blog ini.
Sebelum memasang snap button, sila pastikan anda memasang tools yang betul mengikut saiz butang snap anda.
Butang yang saya selalu pakai.ialah T3 dan T5. Bagi butang T3 saya gunakan metal rod paling kecil manakala untuk T5 saya guna metal rod besar. Untuk plastic die pula saya gunakan mengikut saiz yang tertulis timbul pada plastic die tersebut.
Ini penting kerana jika tersalah pasang tools, hasil butang kita tak akan kemas dan kadang kala tak berfungsi dengan baik. untuk membuka snap button yang sudah terpasang juga agak sukar.
Tapi saya ada sertakan entry tentang cara cara membuang snap button yang tersalah pasang selepas ini.
Walau apapun memilih untuk menggunakan snap button adalah pilihan yang bijak kerana tak perlu remeh temeh menjahit butang katup. Hasil butang snap lebih kemas dan nampak professional. Malah jika anda berhajat untuk memasang butang bercorak menarik, tampalkan saja dengan gam di bahagian atas butang snap.
Cara memasang butang snap plastic
1. sediakan sepasang butang snap. ( terdiri dr 4 pcs butang seperti gambar)
2. masukkan butang payung di bahagaian bawah kain hingga tembus
3. bila kemas masukkan lagi satu bahagian butang di bahagian atas (bahagaian tajam)
4. muatkan bahagian payung (bahagian mendatar) butang pada plastic die.
5. katup dengan tangan kemas
6. Ulangi proses yang sama untuk bahagian satu lagi
Sempurnakah butang yang saya pasang ni?
Anda boleh tahu anda memasang butang dengan betul dan sempurna atau tidak dengan mengujinya dan melihat cara pemasangannya.
Cara pertama lihat jika bahagaian tajam telah sempurna di lenyekkan seperti dalam gambar.
Cara keduanya ialah dengan: satukan butang snap yang anda pasang dan anda akan dengar satu bunyi 'tap'. Ini maknanya butang anda telah sempurna di pasang.
Jika anda tidak mendengar bunyi tersebut, maksudnya butang anda tidak kemas dan sila cek.Kalau sebab anda tidak menekan dengan kuat sila masukkan sekali lagi dalam lier dan tekan sekali lagi.
Sebenarnya untuk memasang satu set butang anda tidak perlu menekan butang snap sekuat hati, cukup sekali tekan, tetapi biar betul pada tempatnya. Dan anda gunakan metal rod yang sesuai.
Dan sekiranya butang tidak berbunyi 'tap' anda mungkin tersalah pasang, sehingga butang rosak dan tidak berfungsi, sila baikinya. Anda tidak perlu risau kerana butang yang di tanggal, hanya akan meninggalkan satu lubang kecil pada fabrik. Anda boleh memasang butang ganti di atas lubang yang sama. Sila baca enty saya mengenai cara untuk menanggalkan butang yang tersalah pasang pada fabrik dengan selamat bagi mengelakakan kain anda rosak.
Sebenarnya memasang butang snap sangat senang dan jarang berlaku kesilapan. Cuma bagi pengguna yang baru mungkin kesalahan ini akan berlaku. Saya cadangkan anda mencubanya dulu pada fabrik lain sebelum memasang pada fabrik sebenar. Bila anda telah mahir menggunakannya, ternyata ianya sangat mudah.
Apa nama mesin butang snap tu? Kat mana nak beli?
ReplyDeleteNama alat ni snap plier, boleh dapatkan di sini online address ni http://123kidz.net
ReplyDeleteboleh guna untuk fabric, kain kemah, plastic dan untuk kraff lain
ReplyDelete