cookieChoices = { }

Friday, June 13, 2014

Buat sendiri topi bayi (baby hat)- Set babygirl (bahagian 1)

Banyak juga email masuk dalam inbox hamba. Nak minta tolong ajar ajar itu dan ini.
Apapun hamba ucapkan ,Terima kasih atas permintaan tuan hamba semuanya... Itu bererti makan banyak yang singgah ke blog hamba yang tak berapa kelas ni.
Hamba tak kisah berkongsi idea dan memberi tunjuk ajar. Tapi hamba amat berharap agar tuan hamba bersabar.. sebab hamba juga kesuntukan masa untuk menunaikan semua yang tuan hamba harapkan.
Insyaallah mana yang terdaya hamba usahakan...
 hari ni hamba nak berkongsi buat satu benda yang amatla comel... khas untuk anak perempuan ..

set topi bayi perempuan -jahit sendiri
 Teruja tak? percayalah tuan puan boleh buat sendiri je... sebenarnya hamba dalam proses nak menerbitkan buku. gambar ni agak cantik hamba snap. Tapi memandangkan kualiti kurang menjadi makan pihak utusan publication kata kena ambik gamba lain.. Jadi gamba ni hamba kongsikan dengan semua. Nanti kalau buku hamba dan terbit boleh la dapatkan di edai buku ( kalau ada rezeki).
Jap jap... Untuk tajuk ni hamba akan buat 3 posting.
1. Buat sendiri topi bayi - set baby girl ( bahagian 1)
2.Buat sendiri sarung tangan bayi(mitten) - set baby girl ( bahagian 2)
3. Buat sendiri sarung kaki bayi(booties) - Set babygirl ( bahagian 3)
kepada bakal bonda, yang punyai ruang masa di rumah bolehlah mencuba. Hamba pasti mesti rasa bangga kalau sikecil tuan hamba memakai yang tuan hamba jahit sendiri. kan?

Kita mulakan dengan peralatannya. Simple je....
peralatan asas gunting, benang , jarum kain peniti, dan sewaktu dengannya. Juga pola ( yg hamba bagi)
 Untuk kain . satu meter dah cukup malah berlebih pun. Hamba gun adua jenis kain yang bercorak untuk bahagian luar da, kain bahagian dalam hamba cadangkan kain putih kosong yang plain. pakaila kain cotton yg sejuk untuk si kecil selesa.kalau tuan hamba semua ada kain lebihan yang lebih kurang setenagh meter pun dah cukup untuk projek ini.
Untuk hiasan hamba gunakan riben warna biru yang sedondon dengan corak kain hamba. Dan juga hamba suka gunakan kain microfleece- lebihan dr fabric cloth diaper. sebab hamba suka kain ni tak berbulu tepi ( jadi hamba tak perlu jahit tepi) dan ianya lembut dan tak panas pada bayi, dan memeri senang nak di lentur kan. kalau nak kain ni boleh order dr hamba.
Atau pun gunakan kain biasa yang lain tetapai tuam hamba kena jahit tepi. Gunakan jahit tepi yang halus agar kemas dan cantik.

kain yang sudah dipotong. untuk pola ini potong dua set.. satu set untuk luar dan set putih tu untuk bahagian dalam

  Cara menjahit topi ni. letakkan bahagian topi dan separuh bulatan sepertu dalam gambar.
 Mulakan menjagit sebelah kiri dan kanan bulatan seperti di tunjukan. biarkan bahagian tengah tak di jahit lagi.
  lepas tu kemaskan bahagain tengah dengan lipatan agar berkedut dan melingkungi bulatan.
 sepantkan dengan peniti dan jahit jelujur
ni gambaran dari asa separuh bulatan topi

  kemudian jahit dibahagian lengkungan.
 buat langkah yang sama untuk bahagian yang yang plain
 langkah seterusnya cantumkan bahagian plain dan bahagian bercorak. pastikan bahagian terbalik ada di luar . jahit bahagian belakang topi sahaja. bahgain depan kita akan tampal renda kebut kedut..
 sediakan satu guntingan kain (microfleece)yang lurus bersaiz lebar satu inci dan panjang dua kali ganda ukuran depan topi. jika anda guna fabrric yang keluar bulu sila jahit tepi halus.
 kedut kedutkan  kain microflece tadi dan jahit atasnya.. boleh juga guanakn jahit jelujur dan tarik dengan tangan. Yang penting ianya berkedut. boleh juga beli renda siap di kedai yang cantik ikut suk ahati anda.
masukkan renda kedut2 yang kita buat tapi di bahagian dalam dan

 kemaskan dengan peniti dan jelujur
 Ok sekarang tuan hamba boleh jahit pakai mesin jahit.. dan tinggalkan skit ruang untuk kita terbalikkan kain keluar nanti
 tada... dah siap terbalikkan..
 ok sekarang tuan hamba boleh la letak riben yang comel ni.. panjangkan sedikit agar boleh di ikat pada dagu sikecil nanti,
 Ini bahagian belakang.. sekiranya tuan hamba nak topi ini melekat selesa tambahkan getah di bahagian belakang topi agar lebih ngam dengan kepal bayi ( kalau bayi besar tak perlu)
cantik tak? Siap.. kalau tuam hamba nak buat satu set... jangan lupa tunggu entry hamba selanjutnya... untuk sarung tangan (mitten) dan sarung kaki  (booties) bayi.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails