cookieChoices = { }

Friday, August 1, 2014

sedih..

  Hari ni sedih pulak.. saya ada reply dua tiga mesej minta tolong ajar menjahitkan bakul bayi. Saya cadang untuk di buat lepas raya ni... untuk bakal anak sedara yang bakal lahir hujung tahun ni.. Adik dah mengandung 5 bulan.
Tetapi..
BAru dapat panggilan telepon yang dia keguguran.. sekarang masih di hospital. Biasa la ibu mngandung... sebulan tak puasa sebab mabuk dan penat yg amat.. tak enjoy rasa sebab tak selesa.. abis semua di lalui tapi..takde rezeki.


Tahun ni dua kali keluarga mengalami yg sama.. baru dua bulan lepas adik ipar juga keguguran selepas 3 bulan... mengandung. Agaknya memng takde rezeki nak dapat bayi dlm family..
bukan mengandung anak pertama..adik mangandung anak ke 4.. manakalan adik ipar mengandung anak ke 2.
apapun moga semuanya tabah..
Untuk menjahit bakul bayi tu... saya akan buat juga insyallah tapi mungkin lewat skit. sebba barang barang pun dah beli. mungkin hadiahkan ? atau simpan buat harta???
tengokla macammana...
sekian cacatan hamba hari ni...
wassalam

2 comments:

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails