cookieChoices = { }

Sunday, November 30, 2014

simple DIY topi bayi comel. Panda (part 1)

Salam.. pekaba semua ..maaf la sibuk yang memanjat.. banyak komen lagi pun tak berjawab...
Tapi nak jugak kongsi catatan ni... sebenarnya artikel ni saya dah bercadang nak bukukan..memandangkan banyak sangat kerja dan tergendala.. saya kongsikan saja dalam blog ni.. tapi polanya..saya kena ambik kat publiser ... ataupun buat je lain..  emm lambat skit.. but.. jom enjoy dulu cara nak buat..

Ini adalah koleksi set... terdiri dari topi, sarung tangan dan sarung kaki baby..
comelkan?
 selepas ini saya akan ajarkan macammana nak buat panda pakai reben tu ye...
 Sebelum apa apa saya suka nak bagitau bahan bahannya.. kain je.. skit tak sampai satu meter...
Saya guna fabric fleece..atau apa apa kain yang memeri..supaya boleh besar ikut kepala bayi.. kalau kain cottton biasa pun ok, tapi saya cadangkan agar di tambah getah dan di besarkan skit dari saiz asal.. supaya lebih selesa dipakai..dan melekat pada kepala bayi.
Kalau nak kain fleece dari saya pun ada clik kat ruangan bahan bahan jahit.
kain  dari fabrik memeri
bebola untuk atas topi ..
tu jeeee
 Mula mula gunting topi macamni..kalau nak ukut kepala baby pun boleh ..tambahkan ukurlilit pada 2 inci untuk baki jahit.
 Lepas tu jahitkan keliling di kawasan yg saya tandakan..
 lepas tu lipatkan keluar dan jahit dengan tangan atau mesin kawasan lipat tu dengan kemas

terbalikkan topi dan jahit bebola comel kat bahagaian atas..
dah siap..
lepas tu boleh jahit kemas kepala panda tu.. jap ..episod dua saya letak cara nak buat panda..
pakai fabric fleece memang senang.. tak payah jahit tepi, fabriknya memeri..dan lembut,, memang sesuai untuk bayi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails