cookieChoices = { }

Friday, January 30, 2015

Mudahnya Buat sendiri Nursing Cover 7 5

Salam Semua selamat tahun baru 2015..
Lambatnye entry hamba tahun ni.. sibuk la yang teramat..
Dan hamba minta maaf ada banyak pola dan janji janji yag tak terbuat. Sebagai ibu yang punya bekerjaya, kerja sambilan dan melayan blog memang agak terhad masanya...
Hobi hobi yang tak terlaksana...
Tapi nak juga teruskan blog ni sbb suka la sangat sangat ... kongsi apa yg saya suka buat....
ok la hari ni hamba nak kongsi ilmu tentang buat cover ketika menyusukan bayi. Bahan bahan pun tak la susah sangat ..boleh di dapati kat kedai yang supply alatan jahit. jom lihat bahan bahannya...

Bahannya fabrik.. satu meter pun cukup..any fabrik yang suka boleh guna. saya guna dua fabrik plain dan bercorak supaya comel skit.... lepastu bahan tambahan yang tak biasa kita lihat..iaitu buckle dan boning.  kalau takde takpe boleh ikat je  


Bahan yang menyumbang kepada nursing cover adalah pengeras plastic ni. yang di panggil boning. boleh lentur . Banyak jual kat kedai jahit atau kraf. diorang guna nak buat koset pun boleh. fungsinya supaya kita boleh tgk baby menyusu dan tak la anak tak cukup udara. Tapi tak de pun tak pe.
 Ok.. saya tak sediakan pola sbb saya nak terus gambarkan pada rajah ni.. sbb nursing dah siap lana.. saya lakarkan je la.. sebab saya rasa senang nak paham pun. Ok besar kain yang saya cadangkan 37 inci panjang dan 25 inci lebar. Boleh tambah lebar dan panjang ikut kesesuaian anda. caranya ukur la badan sendiri..agar ngam ngam.. kekadang kita ni badan besar suka yg besar..dan badan kecik suka yg kecil.. so ikut suka la..
 OK dah siap ada kain ikut ukuran kita suka sila  Kelim setiap penjuru kain anda.. satu inci kedalam ye..

 Untuk bahagian bawah, kalau guna kain plain macam saya..saja nak buat lawa saya buat kelin yang macam ni. macam piping gitu. Selain dari buat lawa..ianya jug abertindak sebagai pemberat nanti nursing cover kita jatuh kebawah bila kita guna.. kalau nak letak renda renda manik manik pun boleh... lepas tu letak tepi jap .. jom buat talinya..
 
 Jom kerjakan buckle.. tali yang boleh adjust.. kalau takde kita boleh buat ikut panjang yang kita selesa.. Untuk buckle... kita sediakan tali yg sama sais macam buckle, macam dlm gamba.. masukkan dan matikan jahitan
 
 Panjang yg saya guna 10 inci dan 18 inci.. sebelah kita letakan kan sebelah lagi boleh di laras... pahamkan?
Ok bahagian last sekali... senang tapi perlu teliti..kalau tak korang tetas dan jahit banyak kali..  sila ambik bahgain kain 4segi tadi.. bahagian atas ukur 9 inci mula dr tepi ke tengah ..sisi dr kanan dan sisi dr kiri....dan tubuk lubang pada kelim (bahagian yang terbalik ye...) tebuk jangan sampai berlubang kedepan.. just satu lapis untuk masukkan boning.
lepas tu sila ambil boning.. guningkan agar sama panjang dengan ruangan bahgian tengah yang di tebuk tadi. Masukkan boning dan jahit tali yang sudah siap tadi.
untuk jahit di bahagian ni ...pastikan arah terbaik atau tak tali supaya di jahit betul...
tada... dah siap..dan sedia di gunakan...
selamat mencuba..


11 comments:

  1. Salam ukhuwah dari BUNDA...

    bestnyer kalau pandai buat sendiri kan...menjimatkan...dah tentu puas hati...

    ReplyDelete
  2. salam mana Awak beli boning? saya cari kt kedai jahit x jumpa 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat kedai jahit sekitar KL..most ada jual..tapi kene belek betul betul sbb tokey kedai pun tak tau nama...

      Delete
  3. salam..nak tanya buckle tu kat mana blh bli yaa?

    ReplyDelete
  4. Assalam...nk ty, boning yg nak letak tu guna brapa ukuran dia?... Tqvm atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. boning letak tengah di antara tali satu dan tali kedua.. ukuran ikut ukuran jarak tali tu..
      jarak tali tau.. bukan panjang tali.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sy dah buat ikut arahan di atas.. thank you" menjadi, cantik & selesa.. thankyou3 <3

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails