cookieChoices = { }

Tuesday, June 9, 2015

Buat bee/lebah dari felt

cantik tak lebah ni?
Nak buat ? senang je,,, apapun di perbuat dari kain felt 
Selalu saya buat hiasan pada topi baby.. pada bunga dan macam macam lagi.. sebab cantik sangat
jom start dengan barangnya...


1. fabric glue, 
2. benang dan jarum
3. pen fabric
4. mata plastic kecil - ikut saiz bee yg nak buat
5. gunting
6. fabric flelt warna hitam putih dan light coklat 
7. sedikit kapas ye.. untuk letak dalam bee comel ni.



 mulakan dengan buat satu bulatan pada flet kuning

then gunting la... 

Lepas tu jahit jelujur mengelilingi felt tu....
then tarik perlahan
dah agak nak tertutup tu.. sumbatkan kapas 
ok tarik terus supay akapas ada kat dalam felt..tapi jangan terus tarik sampai tertutup..tapi apitkan dua supaya memanjang
then.. jahit memanjang macamni...jahit kemas yee
Lepas tu..gunting dua keping felt hitan memanjang macam ni.. agak panjangnya dapat balut bunjut kuning tadi..
haa macam ni... lepastu jahit bawah untuk lekatkan warna hitam ni...
Jangn risau ..lebihan tu boleh gunting buang..jahit kemas yeee
Jom bua kepak pulak... buat semi butan... lipat dua felt tu.. then gunting
hasilnya macam ni...
oo lupa benag ni jangan potong yee.. boleh sambung je terus dengan mencucuk ke atas..
nampaktak? cucuk atas macamni
then jahit kepak nya...
jahit dengan kemas..
tada... kepak dah siap... dan sila bawa benang ke bawah... matikan jahitan dan boleh la gunting benang tuu

ok.. sekarang nampak bahagian depan kuning ni? jom kita letak mata dengan gunakan gam fabric

dah siap... comel kan...???

2 comments:

  1. Replies
    1. anak saya cukup suk asiap letak kat dawai main...
      saya juga letak kat hair ban dan hiasan kat bunga

      Delete

Tinggalkan pesanan anda di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails